Tenere 700 "Adventure" bakal muncul?

oleh HEZERI SAMSURI|
Yamaha nampaknya mungkin mempunyai varian "Adventure" untuk model dual-purpose Tenere 700 baharunya.

Walaupun ia tidak mungkin dipanggil varian Adventure kerana konsep itu sudah menjadi milik model-model GS dari BMW, gambar-gambar risik Tenere 700 istimewa itu nampaknya menggunakan tangki bahan api yang lebih besar dari sekarang, seperti konsep GS Adventure dari BMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saiz tangki standard Yamaha Tenere 700 ialah 16 liter dengan jarak perjalanan lebih kurang 320 km. Tangki besar di dalam gambar risikan ini kemungkinan ialah dalam lingkungan 20 liter dan mampu memberikan jarak perjalanan 400 km. 

Enjin 689 cc CP2 kembar selari masih digunakan (berdasarkan gambar) tetapi bentuk ekzos seperti sudah diubah, khusus untuk mencapai piawaian pelepasan asap Euro 5.

 

Fork hadapan juga nampak berbeza dan unit ujian Tenere 700 itu menggunakan pendakap beg sisi Givi. 

Hong Leong Yamaha masih tidak mengumumkan ia akan memasang model Tenere 700 untuk pasaran Malaysia. Yamaha Thailand sudah pun mula menjual Tenere 700 yang dipasang di sana dengan harga jualan RM58,400. 

Tidak seperti Tracer dan tracer GT yang merupakan motosikal touring, varian Tenere adalah lebih ke arah motosikal dual purpose dengan fungsi touring, satu konsep yang berjaya dipopularkan oleh model-model GS dari BMW.

Untuk yang tidak tahu, Tenere ialah sebuah kawasan padang pasir di Sahara. Cara sebutannya ialah Ten - ne (seperti nenek) -ray.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…