Wanita patah tulang belikat dihempap papan iklan

oleh Firdaus Razani|
Seorang wanita patah tulang belikat selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan yang terletak di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jalan Jerantut-Maran di sini, petang Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 petang, G Muniammah, 57, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dihempap sebuah papan iklan yang melayang ke arahnya.

"Ketika penunggang motosikal itu melepasi lampu isyarat berwarna hijau, secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan membadai papan iklan terbabit lalu melayang dan menghempap mangsa.

"Pada waktu kejadian juga berlaku hujan dan angin kencang," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Ahad.

Azman berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, mata dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa yang juga seorang pekerja Alam Flora turut patah tulang belikat akibat kejadian itu dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

 

SUMBER: BeritaHarian

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…