Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek memukul cermin hadapan kereta pengadu menggunakan sebatang objek sehingga pecah.
"Disebabkan takut, pengadu memecut keretanya dan sewaktu cuba melepaskan diri dia terlanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.
"Suspek berusia 29 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua rakannya melarikan diri," katanya.
Ahmad Shukri berkata, usaha mengesan saksi dan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.
"Untuk tujuan penyiasatan, dua kertas siasatan dibuka serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap pengadu dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan terhadap dua suspek yang masih bebas," katanya.
- sebagai langkah berjaga-jaga, disarankan setiap kenderaan dipasang 'dashcam''/kamera papan pemuka, mudah untuk membuktikan apa saja yang berlaku di jalan raya. -