Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini

oleh Penyumbang Rencana|
Perkhidmatan teksi udara elektrik, yang pertama seumpamanya di dunia, akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara tapak suci Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.

Ia dilancarkan Menteri Pengangkutan dan Logistik dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) Eng. Saleh Al-Jasser di Mekah.

Teksi udara ialah pesawat komersial kecil yang membuat penerbangan pendek atas permintaan.

Pesawat tanpa pemandu itu akan digunakan pada musim haji tahun ini terutamanya untuk perkhidmatan kecemasan, serta pengangkutan barangan dan bekalan perubatan kepada para jemaah.

Teksi udara elektrik ialah teksi udara pertama di dunia, dilesenkan oleh GACA. Perkhidmatan teksi terbang juga akan menyumbang kepada usaha untuk memudahkan pergerakan jemaah dalam keadaan kecemasan, mengangkut peralatan perubatan, dan menyediakan perkhidmatan logistik melalui pengangkutan barang.

Kementerian Pengangkutan dan Logistik pada masa sama sedang berusaha untuk mempertingkat bidang mobiliti pintar dan membangunkan undang-undang dan peraturan yang membolehkan penggunaan teknologi moden, selain menyediakan persekitaran eksperimen untuk mengembangkan pengenalan pelbagai teknologi pengangkutan masa hadapan.

Sebelum ini, Saudi Arabian Airlines (Saudia) mendedahkan rancangan untuk mengendalikan teksi terbang pada masa hadapan untuk mengangkut jemaah haji antara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan hotel di Mekah.

Saudia juga bercadang untuk membeli sekitar 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut. 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono, memaklumkan bahawa alat ganti kenderaan…
Berita Global
Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang…
Berita Global
  Seperti Sukan Olimpik Jepun 2020 yang berlangsung baru-baru ini, kos penganjuran dikatakan…