Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang asas dengan tempoh penerbangan selama dua minit dan 14 saat, keupayaan penerbangan menegak dan mendatar, serta meneliti keupayaan pengendalian ketika situasi kecemasan.
Menurut Volocopter, VoloConnect ini dikatakan mampu mencapai kelajuan tertinggi 64 km/j.
VoloConnect menampilkan enam buah rotor untuk memudahkan penerbangan dan pendaratan menegak, dibantu dengan dua enjin sisi.
Dengan muatan seramai empat orang, VoloConnect sepatutnya mampu mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j, kelajuan jelajah 180 km/j dengan jarak penerbangan maksimum 100 km.
Ia dijangka mula beroperasi pada tahun 2026, selepas perkhidmatan VoloCity dimulakan pada tahun 2024.