Teksi terbang bakal beroperasi di Sukan Olimpik Paris 2024?

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Penganjuran sukan paling berprestij di dunia, Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun membuatkan setiap tuan rumah berusaha keras untuk memberi yang terbaik dan mempamerkan aksi cemerlang.


Bukan hanya dari segi pencapaian pingat emas yang mahu dibawa pulang, malah kemudahan yang disediakan juga seboleh-bolehnya mahu diiktiraf sebagai kelas pertama.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Seperti Sukan Olimpik Jepun 2020 yang berlangsung baru-baru ini, kos penganjuran dikatakan antara yang termahal dalam sejarah iaitu RM64.9 bilion.

 

Disebabkan mahu menjadi paling baik dan menjaga prestij dan imej, penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 dikatakan mahu membawa kelainan dengan memperkenalkan teksi terbang pada temasya tersebut.

 

Malah, seramai 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah mengambil bahagian untuk membuktikan kemampuan jentera masing-masing di Lapangan Terbang Pontoise di Cormeilles-en-Vexin, Paris.

 

Antara jenama terkemuka yang menyertai ujian tersebut adalah Airbus, Ascendance, Vertical Aerospace dan ramai lagi.

 

Lapor nypost.com, penganjuran sukan olimpik ke-33 itu nampaknya lebih ekstravaganza dengan kemunculan teksi terbang.

 

Penganjur sukan tersebut juga bercadang untuk membuka dua jalan udara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

 

Berdasarkan artikel New York Post lagi, kenderaan awam tersebut boleh terbang di bawah paras 300 meter, sekali gus tidak mengganggu penerbangan komersial.

 

Tidak dinafikan, isu jalan sesak sering menjadi masalah utama mana-mana penganjuran temasya tersebut.

 

Mana tidaknya, banyak kes dibangkitkan termasuk kelewatan atlet tiba ke tempat acara sukan sehingga penyertaan terpaksa dibatalkan.

 

Adakah kereta terbang akan menjadi kenyataan menjelang 2024 nanti?  Sama-sama kita nanti...

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Teksi udara ialah pesawat komersial kecil yang membuat penerbangan pendek atas permintaan. Pesawat…
Berita Global
Ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono, memaklumkan bahawa alat ganti kenderaan…
Berita Global
Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang…