Teaser GR Corolla didedahkan untuk pasaran Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Toyota di Amerika Syarikat sebelum ini tentunya berasa kecewa yang teramat apabila Toyota tidak langsung ingin membawa hot hatch GR Yaris untuk pasaran tersebut.

Namun, kekecewaan tersebut bakal terubat apabila Toyota baru-baru ini mendedahkan teaser GR Corolla.

Sekali pandang, ia sebenarnya merupakan susun atur yang anda biasa lihat pada sebuah Corolla standard, namun Toyota sengaja memasukkan beberapa telur easter (Easter Egg, atau mesej tersembunyi) pada gambar tersebut yang merujuk kepada kehadiran GR Corolla dalam masa terdekat.

Antara butiran yang dikesan termasuklah:

  • paparan masa G:16 - merujuk kepada kod enjin tiga silinder sebaris yang digunakan pada GR Yaris iaitu G16E-GTS
  • jalan pada sistem navigasi bernama GR Four - merujuk kepada sistem pacuan semua roda
  • nombor 2 68 pada paparan kawalan iklim - merujuk kepada angka kuasa kuda yang dihasilkan oleh GR Yaris di Jepun
  • kelibat sebuah GR Corolla yang sarat dengan pelekat samaran di atas jalan

Beberapa laporan terdahulu mencadangkan GR Corolla bakal muncul secara rasmi pada tahun depan.

Baca: Hot Hatch GR Corolla bakal dilancarkan tahun depan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagi memastikan prestasi enjin kekal konsisten walaupun dipandu dalam beban tinggi, TGR turut…
Berita Global
  Langkah ini diambil kerana permintaan terhadap produk TOYOTA GAZOO Racing (TGR) sentiasa…
Berita Global
  Pada 2 Ogos 2024, Toyota memperkenalkan GR Corolla di Amerika Syarikat (AS) dan kini giliran…