Hot hatch GR Corolla Sport bakal dilancarkan tahun hadapan?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas GR Yaris, para peminat dan pencinta kelajuan mula menanti-nantikan kehadiran hot hatch kedua yang bakal membawakan nama GR Corolla Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan awal, GR Corolla Sport dijadualkan pelancaran rasminya menjelang akhir tahun ini dengan membawakan nadi tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang sama digunakan pada GR Yaris.

 


Namun, menurut informasi terbaharu yang dipetik daripada Best Car Web, pelancarannya ditangguhkan ke musim panas tahun hadapan disebabkan ia sukar untuk diuji di luar negara akibat pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda.

Apa yang menarik perhatian, informasi berhubung rekaan sebenar GR Corolla Sport yang telah diterima sebelum ini adalah hampir tepat dengan sumber asal, di mana ia membawakan perubahan dimensi jika dibandingkan dengan model standard Corolla hatchback.

Antara perubahan tersebut termasuklah penambahan jarak trek antara roda kiri dan kanan yang menyumbang kepada peningkatan dimensi lebar sebanyak 20 mm, serta lebih rendah 10 mm.  

 


Berbanding Corolla hatchback (4,375 mm x 1,790 mm x 1,460 mm), GR Corolla Sport memiliki dimensi 4,375 mm, lebar 1,810 mm dan tinggi 1,450 mm dengan jarak antara roda sekitar 2,640 mm.

Namun, disebabkan GR Corolla Sport masih lagi menggunakan asas daripada Corolla hatchback, ia masih lagi mampu menawarkan tahap praktikaliti yang hampir sama dan bakal menjadi satu pilihan kepada mereka yang enggan mendapatkan GR Yaris tiga pintu.

Selain daripada itu, Best Car Web juga melaporkan enjin asal tiga silinder sebaris GR Yaris dan sistem ekzos bakal ditala semula serta supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 300 PS dan mengekalkan daya kilas 350 Nm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda GR-Four menerusi transmisi manual iMT enam kelajuan, dengan kecenderungan kuasa diedarkan kepada gandar belakang sebanyak 70 peratus.

Menurut laporan daripada BestCar lagi, GR Corolla Sport bakal bersaing secara rapat (dari segi harga) dengan model hot hatch lain seperti AMG A 35 dan BMW M135i, dengan harga jualan sekitar 5 juta yen (RM187,377).

Secara perbandingan, GR Yaris varian asas memiliki tanda harga bermula dari ¥3.5 juta (RM131,163) manakala GR Supra pula berharga dari ¥6 juta (RM224,852).

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…