Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan persendirian dari satu penerbangan ke penerbangan lain dalam sebuah Porsche 911 GT3 RS yang merah menyala itu.

Program menarik ini merupakan hasil kerjasama jangka panjang antara Porsche dan Delta Airlines, dan ia bukanlah kali pertama sebuah jentera pantas digunakan untuk mengangkut penumpang.
Musim panas yang lalu, Delta telah menggunakan sebuah Porsche 918 untuk membawa penumpang elit di Lapangan Terbang Hartfield, Atlanta.
Syarikat penerbangan itu juga kerap menggunakan model yang lebih praktikal seperti Cayenne dan Panamera untuk tujuan yang sama.

Porsche 911 GT3 RS secara standard dibekalkan dengan enjin enam silinder bentangan mendatar berkuasa 518 hp, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 2.7 saat.
Biarpun atas kertas Porsche 911 GT3 RS mampu membuatkan Cayenne dan Panamera telan habuk jalan, akan tetapi para penumpang bertuah tidak akan dapat menikmati pecutan pantas jentera tersebut disebabkan oleh peraturan kelajuan yang telah ditetapkan di lapangan terbang.
Baca: Porsche 911 GT3 RS 2023