Taycan kini model Porsche paling laris di Eropah - Panamera kalah!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika industri automotif global mengalami penurunan kadar penjualan kenderaan disebabkan COVID-19, hal ini bagaimanapun tidak mendatangkan kesan yang ketara kepada Porsche.
Modenas

Ini kerana mengikut data kadar penjualan kenderaan yang diumumkan oleh Porsche, mereka mendapati prestasi separuh pertama tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun 2019 menerusi model 911.

Untuk tempoh yang sama, Porsche turut mencatatkan keuntungan operasi berjumlah €1.2 billion (RM5.82 billion) dan hasil penjualan sebanyak €12.42 billion (RM60.27 billion) - penurunan sebanyak 7.3 peratus.

Namun, model apakah yang menjadi kereta paling laris terjual di Eropah?

 


Memetik data daripada Car Industry Analysis, kereta elektrik Porsche Taycan kini menduduki tangga teratas sebagai kereta Porsche paling laris pada bulan Ogos (1,183 unit), mengalahkan model Panamera, 911 dan SUV Cayenne!

Malah, Taycan juga menjadi model kelima paling laris di dalam segmen E serta menduduki tangga kelima belas dalam kategori kereta elektrik paling laku menurut data daripada JATO.

Sementara prestasi penjualan model Panamera pula jatuh merudum 71 peratus.

Adakah ini bermakna Porsche Taycan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa itu mampu menggantikan peranan Porsche Panamera selepas ini?

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang sembilan bulan dari Januari 2020, Porsche telah pun menghantar kira-kira 191,547 unit…
Pelancaran
Bermaksud "semangat kuda liar yang muda", Taycan (Tay-Kan) datang dengan pakej waranti dan…
Berita Global
Disebabkan tahap penerimaan yang cukup positif, Porsche nampaknya terpaksa meminjam pekerja…