BFGoodrich g-Force PHENOM T/A juga dirumus bagi menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula dari posisi henti, termasuk semasa membelok dan membrek secara agresif.
Tersedia untuk rim bersaiz 16 hingga 20 inci, tayar baharu tersebut memiliki 25 pilihan saiz berbeza yang membolehkan ia dipasang untuk pelbagai jenis kereta.

Antara kelebihan utama pada tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A baharu ialah:
- Kawalan maksimum, yang dibantu oleh teknologi “Performance Racing Core”
- Prestasi basah cemerlang, yang dibantu oleh teknologi “Ulti-Grip” serta “Wide Circumferential Rain Grooves”
- Membelok dengan lebih yakin, kendalian ketika membelok kini dibantu dengan “Solid Shoulder Blocks” yang bersaiz lebih besar
- Menambah keselesaan dalam ruang kokpit, dimana dengan “Lateral Groove Damper” bunyi dari permukaan jalan dikurangkan
- Waranti tayar enam tahun untuk Tayar Kereta Penumpang dan Lori Ringan
Tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A baharu kini tersedia di semua pengedar rasmi, dimana harga bermula dari RM500 hingga RM1,300.
Untuk maklumat lanjut mengenai tayar baharu tersebut, anda boleh layari laman web BFGoodrich.