BFGoodrich lancar tayar Trail-Terrain T/A untuk SUV, trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
BFGoodrich terus memperkukuhkan kedudukan di dalam pasaran dengan melancarkan tayar premium Trail-Terrain T/A khusus untuk kenderaan crossover, SUV dan trak 4x4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan slogan "Lives on the road, loves to get away", BFGoodrich Trail-Terrain T/A ini dirumus dengan ciri ketahanan yang tinggi, sesuai untuk semua musim dan juga kondisi jalan raya.
 

TA


Antara tiga kelebihan utama tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A ini adalah:

  • Berketahanan tinggi - reka bentuk permukaan tayar yang dioptimumkan yang menampilkan alur mengunci 3D yang membekalkan kestabilan blok bunga tayar yang tinggi, menjamin kehausan yang lebih sekata, dan memastikan jangka hayat yang lebih panjang.
  • Sesuai untuk semua keadaan - tayar ini hadir dengan penarafan three-peak mountain snowflake (3PMSF) yang mampu membekalkan kadar cengkaman yang baik biarpun paras suhu yang lebih rendah.
  • Direka untuk penerokaan - tayar ini mampu bertahan daripada serpihan dan kesan koyak yang berpotensi akibat pemanduan di jalan berbatu, beserta reka bentuk Bahu Bergerigi yang dioptimumkan untuk cengkaman tanah lembut tanpa mengorbankan aspek kesenyapan di atas jalan raya.

 

TA


Tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A boleh didapati di pusat pengedar sah Michelin terpilih di seluruh negara, dan didatangkan dalam 41 saiz tayar (23 bertaraf-T, 18 bertaraf-H) yang sesuai untuk kebanyakan crossover, SUV dan trak pikap ringan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara istimewa ini dihadiri lebih daripada 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh…
Pelancaran
BFGoodrich g-Force PHENOM T/A juga dirumus bagi menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring…