BFGoodrich lancar tayar Advantage Touring, pilihan saiz 13-20 inci

oleh Mohamad Hanif|
BFGoodrich baru ini melancarkan produk tayar baharu BFGoodrich Advantage Touring yang sesuai dipadankan pada model-model sedan, trak pikap, van mini, serta crossover/SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring mensasarkan pemandu yang memiliki gaya hidup aktif, dan ingin mencari alternatif yang berbaloi serta keyakinan untuk meneroka dunia urban.
 

BFGoodrich


BFGoodrich Advantage Touring bukan sahaja tersedia dalam penawaran saiz yang ekstensif, malah ia juga turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama enam tahun, menawarkan nilai yang hebat dengan kualiti bertaraf premium.

Produk tayar baharu ini menawarkan ciri-ciri seperti pengurangan bunyi hingar disebabkan oleh corak bunga yang tidak berarah dan tidak simetri, pengendalian dan kawalan yang lebih responsif, kuasa brek yang luar biasa dalam kondisi jalan raya basah atau kering, serta teknologi jalur saling mengunci yang mampu mengurangkan geseran dan pembentukan haba, sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api.
 

BFGoodrich


BFGoodrich Advantage Touring boleh didapati dalam 67 saiz tayar (13 hingga 20 inci) di kesemua pusat pengedaran BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara istimewa ini dihadiri lebih daripada 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh…
Pelancaran
BFGoodrich g-Force PHENOM T/A juga dirumus bagi menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula…
Berita Domestik
Dengan slogan "Lives on the road, loves to get away", BFGoodrich Trail-Terrain T/A ini dirumus…