Tayangan filem F9 ditangguhkan lagi, tarikh baharu 25 Jun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali ditangguh pada tahun lalu akibat COVID-19, tayangan filem kesembilan Fast & Furious, F9 The Fast Saga kini ditangguhkan sekali lagi ke satu tarikh baharu, 25 Jun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman terbaharu itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan stok vaksin yang mencukupi untuk setiap golongan dewasa di sana menjelang akhir Mei ini.

Ini turut memberikan petanda bahawa panggung wayang akan mulai dibuka kepada umum, dan menggalakkan lagi orang ramai untuk menonton filem F9 tersebut.

Filem F9 The Fast Saga ini sepatutnya ditayangkan secara rasmi pada Mei 2020, dan ia memakan belanja berjumlah $200 juta untuk disiapkan.

Dalam filem terbaharu ini, Vin Diesel dan gengnya akan kembali menerajui jalan cerita yang klise itu, dan diserikan dengan penampilan watak tambahan seperti John Cena, Dame Helen Mirren dan juga Charlize Theron.

 


 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Menurut laman berita tersebut, Sung Kang dilapor sedang membangunkan dua projek filem terbaharu,…
Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…