TAS Kuala Lumpur 2023 - GReddy Stance RZ34, Kit Rocket Bunny Pandem, 652 HP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Debaran bagi acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 kian terasa dimana ia bakal menampilkan pelbagai jenis model dengan modifikasi dari penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada TAS Kuala Lumpur ialah sebuah jentera Nissan Fairlady Z dengan modifikasi berat, dikenali sebagai  GReddy Stance RZ34.

Walaupun model asasnya tidak dijual di Malaysia atau Asia Tenggara setakat ini, namun orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sendiri model sport coupe dari Nissan itu yang sarat dengan jajan dan manisan untuk kaki kereta.

GReddy Stance RZ34 dibina oleh penala TRUST/GReddy dengan kerjasama ANDEM, MOONTEC dan SPL dimana ianya berkonsepkan Stance.

 

2

 

Jentera tersebut masih menggunakan nadi asalnya iaitu VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo berkembar yang telah dinaik taraf dan menghasilkan sehingga 652 HP, berbanding kuasa asalnya sebanyak 400 HP.

Walaupun tidak didedahkan mengenai jenis modifikasi yang dilakukan pada enjin, namun GReddy Stance RZ34 menggunakan sistem ekzos penuh GReddy Power Extreme R.

Ia seterusnya dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan, lengkap dengan prototaip set klac dan karbeda LSD (differential) dari OS Giken.

 

3

 

Tentu sekali untuk sebuah acara pameran, rupa luaran memainkan peranan penting, GReddy Stance RZ34 dilengkapi dengan kit badan lebar Rocket Bunny Pandem rekaan Kei Miura dari Tra Kyoto, lengkap dengan warna Midnight Blue.

Bagi melengkapkan rupa luarannya, GReddy Stance RZ34 turut dilengkapi set rim dari Work Meister S1 bersaiz 19 inci, dengan lebar 10.5J (ET 46) di depan dan lebar 12J (ET 65) di belakang.

Set rim tersebut dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 bersaiz 265/30R19 di hadapan dan 295/30R19 di belakang, ia turut lengkap bersama sistem suspensi Air Lift Performance.

 

4

 

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Bagi anda yang ingin menyaksikan binaan GReddy Stance RZ34 dan pelbagai binaan lain, kunjungi laman sesawang Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur edisi pertama itu telah menampilkan penala-penala (tuner) terkenal…
Berita Domestik
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri…
Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…