Dari Tokyo hingga ke KL, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 rasmi dibuka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 yang julung kali diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) hari ini secara rasmi membuka pintunya kepada semua peminat kereta seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir dalam perasmian itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Element X Strategies, Jason Yap, Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduwan Matni dan Ketua Pegawai Eksekutif San Ei Corporation, Hidenori Ito.

 

2

 

Acara itu menampilkan pengalaman pameran kereta modifikasi dan prestasi terkemuka dunia dari Jepun, meliputi ruang 130,000 kaki persegi dan dijangka menarik 150,000 pengunjung dari dalam Malaysia dan rantau ASEAN bermula 9 hingga 11 Jun.

Acara itu mengumpulkan pelbagai jenis binaan dengan modifikasi dari penala (tuner) terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy.

 

2

 

Antara senarai model binaan terkenal dari penala terkenal Jepun ialah:


•    Top Secret Gold Nissan GTR
•    Active Carbon R32 Gt-R Rb30 Kai Concept by (Garage Active)
•    Forte C7 Corvette Forte Wide Body
•    Spoon Honda Nsx
•    HKS GR Supra Aero
•    HKS Driving Performer GR86 Type-R
•    Greddy Nissan Fairlady Stance RZ34
•    Kuhl Japan & Vrarva Mars Toyota Rav 4
•    Subaru Levorg Kruise Kr - Vn5rr
•    Sphere Racing Orochi
•    Rohan X Bloom Gold Mustang
•    Toyota 2000gt Hosoya Shihomi Grand Prix
•    Renault Ravage A110 By Cars Hatano
•    Jeep Wrangler

 

Bagi menambahkan tarikan acara tersebut, ia juga akan menampilkan barisan ratu perlumbaan dari Jepun dan persembahan nyanyian cosplayer oleh Rina-Hime dan Hayate Konno.

Dan buat pertama kalinya di Malaysia khusus bagi peminat animasi Initial D, acara TAS Kuala Lumpur 2023 turut menampilkan barisan penuh model kereta yang digunakan dalam siri animasi tersebut.

 

3

 

Lebih 100 kereta ubah suai tempatan turut bertanding dalam pertandingan penggayaan auto  dan menghimpunkan pelbagai kelab kereta tempatan.

Bagi pemegang tiket early bird, mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah perjalanan berbayar ke Tokyo Auto Salon pada tahun 2024 untuk 2 orang.

 

5

 

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Tiket masuk dijual pada harga RM60/sehari untuk dewasa dan RM28/sehari untuk kanak-kanak, dan boleh dibeli secara atas talian, kunjungi laman web Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur edisi pertama itu telah menampilkan penala-penala (tuner) terkenal…
Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…
Berita Domestik
Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada Tokyo Auto Salon Kuala…