Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu juga bakal menampilkan Toyota GR Yaris yang dilengkapi kit badan Pandem, pertama di Malaysia.

GR Yaris Pandem itu akan menjadi salah satu dari 14 binaan tempatan yang akan dipamerkan oleh syarikat asal Malaysia, iaitu RS Auto Accessories.
Antara ciri menarik pada jentera modifikasi GR Yaris Pandem itu ialah:
- Kit badan lebar yang menambahkan kelebaran sebanyak 200mm di depan dan belakang
- Kit badan merangkumi lip depan, diffuser depan, canards sisi, skirts sisi, arches depan dan belakang, spoiler and bumper ducts belakang
- Set rim Rays 21C bersaiz 18 inci, dibaluti tayar Bridgestone Potenza RE 71RS
- Kit turbo GT Auto
- ECU Motec
- Sistem intake dan ekzos manifold tersuai
- Sangkar keselamatan (roll cage) penuh
- Keupayaan menghasilkan 320 HP pada boost rendah, dan mampu mencapai angka sehingga 500 HP!

RS Auto Accessories yang bertapak di Butterworth, Penang itu merupakan pakar dalam bidang penalaan dan kit badan, khusu untuk model-model kereta Jepun dan Continental.
Mereka telah menjadi pengedar rasmi untuk jenama terkenal seperti Varis, alat prestasi Boost Logic dan Brabus, semenjak tahun 2009.
Antara binaan lain yang akan dipamerkan ialah Nissan GTR Top Secret (Version 2), Nissan GTR dengan kit badan Varis, APR NISMO, Civic Type R FK8 , GR Yaris oleh HKS dan Varis, serta BMW M4 dengan kit badan ADRO dan Mitsubishi Evolution 9 MR Varis.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Tiket masuk dijual pada harga RM60/sehari untuk dewasa dan RM28/sehari untuk kanak-kanak, dan boleh dibeli secara atas talian, kunjungi laman sesawang Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.