Tempah tiket ke Jepun sekarang!
Ini kerana BMW dilapor bakal menyediakan sebuah struktur jeriji ikonik mereka pada acara pameran Tokyo Auto Salon akan datang.
Struktur tersebut turut mempunyai lencana M3 pada sudut atas kanan, serta bukaan yang membolehkan para pengunjung 'mengintai' apa yang ada di sebalik ruang pameran tersebut.
Tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh BMW, namun pengeluar itu dijangka akan memperkenalkan sebuah model baharu untuk pasaran Jepun.
Selain itu, terdapat juga model jentera BMW M4 GT3 yang telah memenangi perlumbaan kelas GT300 Super GT 2022 yang akan dipamerkan, serta tidak ketinggalan sebuah M3 yang sarat dengan kelengkapan M Performance.
Tokyo Auto Salon 2023 akan bermula pada 13 hingga 15 Januari ini.