TAS 2023: Mitsubishi pamer sembilan konsep kenderaan kembara

oleh Mohamad Hanif|
Platform Tokyo Auto Salon saban tahun memang menjadi pentas untuk kebanyakan pengeluar mempamerkan model konsep yang cukup menarik, tidak kurang juga konsep yang pelik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tahun ini, Mitsubishi bakal mempamerkan sehingga sembilan kenderaan yang memfokuskan kepada aktiviti pengembaraan.

Terdapat tiga konsep Delica Mini yang dipaparkan, satu daripadanya merupakan model produksi standard yang dilengkapi dengan pelbagai jenis aksesori tulen termasuklah pelekat grafik, alas lantai semua musim dan navigasi sembilan inci.

Menerusi kerjasama dengan Coleman (gambar utama), Mitsubishi Delica Mini ini membawakan liveri 'greige', diikuti dengan pemasangan rak bumbung, tayar yang lebih mencengkam dan kepak lumpur.
 

Snow


Sebuah lagi Delica Mini ditampilkan dengan konsep Snow Survivors yang membawakan liveri khas, lengkap dengan bull bar, rak bumbung yang lebih besar, serta rim stail beadlock yang dibaluti tayar all-terrain Toyo Tires Open Contry.

Menariknya, konsep yang sama turut dipadankan pada model Delica D:5 yang sebenar!

Kei car yang keempat merupakan eK Cross EV Smooth x Tough, dengan naiktaraf tayar all-terrain, kemasan kelabu metalik kusam, rak bumbung dengan lampu LED terbina, tangga belakang dan bull bar yang melindungi bampar depan.
 

delica


Akhir sekali, kei car berkuasa elektrik Minicab Mieve B-Leisure Style II yang membawakan kemasan seakan tema tentera, lengkap dengan skuter, set memancing dan susun atur ruang kabin yang boleh diubah menjadi ruang kerja mudah alih.

Beralih kepada SUV yang lebih besar, Mitsubishi akan mempamerkan Outlander dan Eclipse Cross Black Edition Premium.

Kedua-dua SUV ini dilayangkan warna kelabu titanium metalik dengan aksen hitam dan rim aloi berwarna hitam, serta bakul bumbung untuk penambahan aspek praktikaliti.
 

rali


Sebagai penutup, Mitsubishi dengan bangganya akan mempamerkan trak pikap rali Triton Ralliart yang telah berjaya memenangi acara perlumbaan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 pada November yang lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada acara Tokyo Auto Salon yang berlangsung baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Axell…
Berita Global
Salah satu daripadanya merupakan Toyota Century, kereta sedan yang biasanya digunakan untuk membawa…
Berita Global
Ada yang menarik untuk kita lihat, tidak kurang juga yang agak merepek dan tidak masuk akal…