Tan Chong Motor diiktiraf prestasi cemerlang dalam program Anugerah Global Nissan 2023

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd, pemegang francais Nissan di Malaysia telah menerima pengiktirafan berprestij Anugerah Global Nissan atas prestasi terbaik di rantau ini sepanjang tempoh fiskal 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd melalui cawangan jualan dan pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah dinilai sebagai syarikat terbaik antara 19 pasaran yang layak, mencatatkan prestasi cemerlang dalam jumlah jualan keseluruhan, bahagian pasaran dan aktiviti perkhidmatan pelanggan, serta berkongsi perhormatan bersama Tan Chong Motor Sales Pte. Ltd. dari Singapura.

Aspek selepas jualan ETCM juga dinilai berprestasi tinggi dalam perkhidmatannya, dan merupakan pemenang dalam kategori selepas jualan di dalam rantau ini dengan mencatatkan kecemerlangan dalam bidang alat ganti, prestasi perkhidmatan, logistik dan perkhidmatan pelanggan.

Menurut Yoshinori Kanazawa, Naib Presiden NIBU-ASEAN, Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd berkata, "walaupun terpaksa berdepan cabaran kekurangan bekalan pengeluaran dan dinamik pasaran yang tidak menentu sepanjang tahun fiskal 2022, pasukan Tan Chong Motor telah menunjukkan kecemerlangan mereka.

"Penyampaian Anugerah Global Nissan 2023 kepada Tan Chong Motor merupakan tanda penghormatan ke atas prestasi cemerlang mereka sebagai pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia," ujarnya lagi.
 

nissan


Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor, Christopher Tan berkata, "Jenama Nissan di Malaysia sinonim dengan Tan Chong. Sebagai rakan kongsi perniagaan selama lebih 60 tahun, Anugerah Global Nissan 2023 ini kami terima dengan rasa bangga dan rendah hati.

"Komitmen kami untuk menyediakan produk menarik dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan tidak pernah goyah dan anugerah daripada Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd. ini ialah bukti kerja keras dan dedikasi yang berasal daripada hari setiap ahli organisasi kami.”

Tan Chong & Sons Motor Co. membuka bilik pameran Nissan (dikenali sebagai Datsun) pertamanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada tahun 1957.

Kini, rangkaian ETCM merangkumi 39 cawangan dan 19 outlet pengedar yang boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kumpulan Tan Chong memulakan penglibatan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program…
Berita Domestik
Ini juga merupakan kali pertama Careta melihat kelibat model ujian SUV ini melata atas jalan raya,…
Berita Domestik
Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata TCM menandatangani memorandum persefahaman (MoU)…