Tan Chong Motor lancar kempen vaksinasi COVID-19 untuk pekerja

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong Motor Holdings Berhad menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC yang pertama untuk para pekerja di seluruh negara, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kumpulan Tan Chong memulakan penglibatan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), program vaksinasi yang dilancarkan MITI untuk pekerja di sektor pembuatan.

Sehingga kini, 70 peratus daripada pekerja-pekerja Tan Chong di seluruh negara telah divaksinkan (sama ada dos 1 atau dos 2), dan pihak Tan Chong mensasarkan sehingga 100 peratus pekerjanya divaksin menjelang September 2021.

Program Vaksinasi COVID-19 TC juga akan memastikan semua pekerja termasuk ahli keluarga pekerja divaksinkan sepenuhnya sebagai langkah ke arah kekebalan kawanan serta pemulihan ekonomi negara.

Difahamkan, program ini akan dilancarkan mulai Ogos 2021 melalui klinik tempatan atau di premis Tan Chong.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Domestik
Pihak WTCA akan melabur sejumlah wang melebihi RM60 juta yang merangkumi pemasangan model serba…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…