Terbukti berjaya di Indonesia, mampukah Wuling beri impak yang serupa di Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCM) memerlukan sedikit masa untuk membolehkan jenama baharu, Wuling diterima dalam pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata TCM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PTSGMW Motor Indonesia (SGMWMI) sehingga Disember 2021.

Katanya, MoU itu adalah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai potensi pengenalan produk kenderaan SGMWMI ke Malaysia dan Thailand.

"Secara dasarnya, usaha berpotensi oleh TCM ini adalah sesuatu yang baharu, memerlukan pembinaan jenama yang intensif, pembinaan rangkaian jualan baharu dan rangkaian selepas jualan dengan pengedar.

"Ini ditambah dengan tarikan pelanggan yang minimum pada awalnya memandangkan jenama Wuling mempunyai hanya sedikit pendedahan di pasaran Malaysia ketika ini.

"Justeru, biarpun Wuling terbukti berjaya di Indonesia, memandangkan tumpuannya kepada produk kenderaan pelbagai guna (MPV) mampu milik yang menerima permintaan tinggi di negara itu, kami fikir ia akan memerlukan sedikit masa sebelum diterima di sini," katanya dalam satu nota penyelidikan.

SGMWMI adalah usaha sama (JV) antara tiga pembuat kenderaan terdiri daripada General Motors (44 peratus kepentingan), SAIC Motor Corp (50 peratus) dan Wuling (6.0 peratus).

 

MPV Wuling Confero S di Indonesia


Mengulas lanjut Hafriz berkata, SGMWMI telah menjadikan kilangnya di Indonesia sebagai pusat pengeluaran pada 2017 dan merancang untuk menggunakan kilang Indonesia sebagai batu loncatan untuk pengembangan ke Asia Tenggara.

"Bagaimanapun, kadar pengeluaran 24,980 unit pada tahun 2019 menunjukkan kadar penggunaan hanya 20 peratus berbanding jumlah kapasiti kilang sebanyak 120,000 unit setahun.

"Dari segi prestasi dalam tempoh dua tahun ini, SGMWMI meraih tempat kesembilan dari segi jualan di Indonesia, mencatatkan 22,343 jualan unit mewakili 2.2 peratus penguasaan pasaran daripada jualan keseluruhan industri (TIV) Indonesia," katanya.

Katanya, kumpulan itu ketika ini menjual empat model kenderaan di Indonesia berharga dari 209 juta rupiah hingga 302 juta rupiah (RM59,000 hingga RM85,000).

Sementara itu, JF Apex Research dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya berpendapat TCM memerlukan masa lebih lama untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan itu di tengah-tengah keadaan pasaran automotif yang tidak menentu berpunca daripada kesan COVID-19 serta persaingan yang sengit di antara kenderaan-kenderaan sedia ada.

Lebih-lebih lagi, beliau yakin kumpulan itu perlu mengkaji pilihan dan kesesuaian produk untuk memenuhi permintaan pasaran sasaran.

"Oleh itu, kami menjangkakan sumbangannya kepada pendapatan TCM adalah tidak signifikan dalam jangka pendek," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Sedan saiz pertengahan itu membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,835 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,…
Berita Global
Model Wuling Air EV ini adalah kenderaan elektrik super kompak yang sesuai untuk bandaraya padat…