Tamparan hebat buat FCA - Fiat Panda 0 bintang EURO NCAP, Jeep Wrangler cuma peroleh satu bintang

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menjadi satu-satunya jenama yang memperoleh penarafan sifar bintang di dalam ujian pelanggaran kereta baru EURO NCAP menerusi Fiat Punto pada tahun 2017, Fiat Chrysler Automobiles (FCA) kini menambah sebuah lagi model ke dalam senarai tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan ujian yang dijalankan baru-baru ini oleh EURO NCAP, Fiat Panda menjadi kenderaan kedua yang memperoleh penarafan sifar bintang. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, selain daripada kekurangan ciri keselamatan moden dan amaran pemakaian tali pinggang keledar, Fiat Panda didapati gagal oleh kerana sistem tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh EURO NCAP. 

Manakala di dalam perlindungan terhadap kanak-kanak, Fiat Panda juga tidak berjaya mencatatkan markah yang cemerlang. 


Sementara itu, sebuah jenama automotif yang bernaung di bawah FCA, Jeep juga hanya sekadar mencatatkan penarafan satu bintang sahaja menerusi model Jeep Wrangler. 

Walaupun ia merupakan model 'baharu' untuk tahun 2018, Jeep Wrangler tidak berjaya memberikan perlindungan kepada penumpang dewasa, kanak-kanak dan juga pejalan kaki, dengan skor yang cukup-cukup makan sahaja. 

Menurut Setiausaha Agung EURO NCAP, Michiel van Ratingen berkata, "situasi (markah tercorot) ini amat menyedihkan , apatah lagi apabila kenderaan yang dijual pada tahun 2018 masih tidak dilengkapi dengan ciri brek autonomi dan bantuan pengekalan laluan."
 


Sementara itu, terdapat tujuh lagi kenderaan baharu yang berjaya meraih lima bintang daripada EURO NCAP:

  • Audi Q3
  • BMW X5
  • Hyundai Santa Fe
  • Jaguar I-Pace
  • Peugeot 508
  • Volvo V60
  • Volvo S60

Manakala Hyundai Santa Fe dan BMW X5 walaupun masing-masing memperoleh penarafan lima bintang, kedua-dua model tersebut dikritik kerana masalah pemasangan beg udara yang tidak betul sehingga menyebabkan perlindungan gagal diberikan kepada pemandu. 

Hyundai berjanji untuk memperbaiki isu tersebut menerusi panggilan semula yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bulan lalu, polis Australia dilaporkan berminat untuk menggunakan Dodge Charger versi pemanduan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…