Volkswagen pernah cuba membeli Alfa Romeo - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, jenama Alfa Romeo sebenarnya telah beberapa kali cuba dibeli oleh Volkswagen beberapa tahun yang lalu?
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama berminat dengan jenama premium Itali itu, malah beliau pernah berkata Alfa Romeo mampu bersinar kembali sekiranya berada di bawah naungan VW pada tahun 2011.

Walaupun Ferdinand Piëch tidak lagi menerajui VW pada tahun 2018, Autocar mendakwa beliau masih lagi mahu melihat Alfa Romeo menjadi sebahagian daripada keluarga VW, apatah lagi pada ketika itu pemegang saham FCA ADW Capital Management mencadangkan supaya Alfa Romeo dipisahkan dengan cara yang sama seperti Ferrari.

 


Terdapat sumber yang mendakwa bos VW Herbert Diess telah pun berjumpa dengan bakal bos FCA Mike Manley pada Jun 2018 untuk membincangkan kemungkinan pembelian Alfa Romeo.

Sumber itu turut menyebut Diess "menganggap tugasnya pada ketika itu sebagai menghormati permintaan Piëch", namun Manley sekadar menolak atas alasan jenama Alfa Romeo bukan untuk dijual.

Setelah FCA dan PSA bergabung menjadi Stellantis, setiap satu daripada jenama yang bernaung bakal mendapat bahagian masing-masing daripada pelaburan yang besar demi menaikan semula prestasi jualan yang merudum, termasuklah DS Automobiles, Alfa Romeo dan Lancia yang hanya memiliki satu model sahaja pada ketika ini.

Yang pasti, tiada satu pun jenama Stellantis bakal dijual kepada pihak ketiga, dan impian VW untuk memiliki Alfa Romeo juga mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…
Berita Global
Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan…