Bulan lalu, polis Australia dilaporkan berminat untuk menggunakan Dodge Charger versi pemanduan sebelah kanan sebagai kereta peronda mereka.
Disebabkan ketiadaan versi pemanduan kanan dihasilkan oleh Dodge, proses penukaran daripada stereng sebelah kiri kepada kanan dibuat oleh pihak SCD Remanufactured Vehicles selaku pengimport model tersebut ke pasaran Australia.
Sayang sekali, Dodge nampaknya tidak senang dengan apa yang ditawarkan oleh pihak SCD Remanufactured Vehicles.

Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada CarAdvice, Dodge sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungkait atau kerjasama dengan pihak SCD Remanufactured dalam proses penukaran konfigurasi pemanduan sedan pantas itu.
Tambah laporan itu lagi, Dodge secara asasnya tidak mempunyai pengetahuan bagaimana proses penukaran tersebut mampu memberikan kesan kepada pengendalian serta tahap keselamatan Charger.
Dodge dalam satu kenyataan menyebut, "Stellantis serta FCA Australia tidak dapat menjamin proses penukaran yang dibuat oleh syarikat SCD, syarikat sekutu serta pihak bukan pengilang itu benar-benar mematuhi syarat kualiti keselamatan yang telah ditetapkan.
Dalam laporan terdahulu, SCD membawa masuk dua unit Dodge Charger Pursuits untuk dipersembahkan kepada pihak polis, ditukarkan konfigurasi pemanduan serta dilengkapi dengan kelengkapan standard kereta peronda.
Sumber: CarAdvice