Talaan ringkas ECU mampu lonjakkan kuasa Toyota Supra ke angka 420 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Kami tahu, ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan rasmi Toyota GR Supra yang dijadualkan berlangsung September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menambahkan lagi perasaan gelora di kalangan peminat, kami bawakan kepada anda satu rahsia - Toyota Supra baharu sebenarnya senang untuk ditala!

Jauh di Litchfield Motors yang sebelum ini terkenal dengan Nissan GT-R berkuasa 631 hp telah memilih Toyota Supra sebagai projek terbaharu mereka. 
 


Dengan hanya talaan ringkas terhadap sistem ECU, penala dari British itu mampu melonjakkan kuasa Supra standard (335 hp/500 Nm) kepada 420 kuasa kuda dan 597 Nm!

Akan tetapi, berdasarkan ujian dyno awal yang dijalankan menggunakan mesin Maha, Toyota Supra sebenarnya mampu menghasilkan 376 kuasa kuda dan daya kilas 529 Nm, jauh lebih tinggi berbanding angka rasmi Toyota. 

Dengan melakukan sedikit pemetaan terhadap sistem ECU, enjin BMW itu mampu menambah kira-kira 50 kuasa kuda lagi. 
 


Selain daripada melakukan pemetaan ECU, Litchfield juga turut bekerjasama dengan Milltek dan Akrapovic untuk sistem perpaipan ekzos, dan mensasarkan angka 450 kuasa kuda. 

Jika anda rasa macam pernah dengar sebelum ini, ya, Akrapovic juga sebenarnya sudah pun menawarkan naik taraf sistem ekzos mereka terhadap Supra baharu ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…