Takumi Motor Oil lancar pelincir bertemakan Initial D di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Takumi dalam bahasa Jepun membawa maksud 'tukang' atau 'pakar' dan penulis juga sebenarnya baharu tahu bahawa terdapat produk pelincir yang menggunakan jenama Takumi di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, Takumi telah bekerjasama dengan pencipta watak anime terkenal Fujiwara Takumi, iaitu Shuichi Shigeno dengan pelancaran produk minyak pelincir untuk para peminat siri anime perlumbaan Initial D.
 

takumi


Terdapat tiga kelikatan pelincir yang ditawarkan dengan ilustrasi watak Fujiwara Takumi, iaitu 5W-30 yang lebih sesuai untuk kereta moden dan pemanduan urban, 5W-40 untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan, serta 10W-40 yang disarankan untuk kereta turbo dengan sesaran 2.0 liter ke atas.

Harga jualan pula bermula dari ¥4,900 untuk satu tin empat liter, atau ¥16,900 hingga ¥18,300 untuk bekas bersaiz 20 liter.
 

Takumi


Salah satu item yang memang patut dikumpul oleh para peminat Initial D. Tidak begitu?

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM…
Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…