Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana Motul merupakan penaja minyak pelincir rasmi.
Motul 8100 Power disasarkan untuk pengguna yang mencari prestasi bagi penggunaan harian, melalui kajian pengguna yang dilakukan, ia menunjukkan bahawa pemandu di Asia sanggup berbelanja besar untuk minyak pelincir dan produk berprestasi tinggi.
Motul 8100 Power telah dihasilkan sebagai minyak pelincir sintetik penuh, dimana ianya menggunakan teknologi Ester yang direka oleh Motul selama bertahun-tahun untuk menawarkan operasi enjin lebih lancar serta kebolehpercayaan dengan perlindungan dipertingkatkan yang menentang Low Speed Pre Ignition (LSPI).
Minyak pelincir itu juga telah diuji dan disyorkan secara meluas untuk kenderaan berprestasi tinggi di jalan raya yang disyorkan oleh pengeluar. Selain itu, 8100 Power juga menepati spesifikasi kenderaan yang memerlukan pelincir dengan gred API SP.
Motul 8100 Power dirumuskan untuk mematuhi senarai luas pengeluar seperti Volkswagen, BMW, Mercedes-Benz, Toyota, Suzuki, Honda, Subaru, Hyundai dan banyak lagi.
Ianya akan tersedia dengan empat jenis kelikatan iaitu 0W-20, 5W-30, 5W-40 dan 5W-50 (dalam saiz pek 1L dan 5L) yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis enjin kereta.