Petronas lancar pelincir Sprinta gred racing!

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas Lubricants International (PLI) telah melancarkan produk terbaharu mereka, Sprinta Racing.

Minyak pelincir khusus untuk motosikal dan motosikal perlumbaan ini menggunakan teknologi UltraFlex yang dirumuskan sendiri oleh PLI di Pusat Penyelidikan dan Teknologi (R&T) Global PLI di Turin, Itali khusus untuk prestasi enjin yang optimum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), Sprinta Racing memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat (JASO, MA2, API SN) dan boleh digunakan oleh motosikal-motosikal enjin 4-lejang dari jenama terkemuka Jepun, Eropah atau Amerika Syarikat.

Hadir dalam dua viskositi - 10W-40 dan 10W-50 (yang lebih likat), pelincir Sprinta Racing ialah pelincir sintetik sepenuhnya yang mendapat kebaikan dari formula bahan ester eksklusif.

 

 

Ester ialah antara kelas bahan sintetik yang mengandungi molekul yang stabil di mana ia mudah melarut serta memberikan prestasi yang amat baik dalam suhu rendah ataupun tinggi.

Sprinta Racing sudah berada di Petronas Shop dan halaman rasmi Shopee Petronas.

Harga runcit disyorkan ialah RM76 untuk botol 1L sementara di Malaysia Timur, harganya RM77.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…