Tak sampai sebulan, GMC Hummer EV hancur dipandu YouTuber

oleh Penyumbang Rencana|
GMC Hummer EV merupakan sebuah trak elektrik baharu yang dilancarkan pada tahun 2021. Dengan ciri-ciri baru yang didatangkan, tempahan trak elektrik ini menerima jumlah yang luar biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada awal bulan November, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Mondi telah mengambil kunci kepada trak elektrik GMC Hummer EV Edition 1, sambil merakamkan proses tersebut sebagai kandungan salurannya.


Keterujaan YouTuber itu bertukar menjadi malapetaka apabila cubaannya untuk menakutkan penumpang dengan pecutan trak elektrik itu menyebabkan trak tersebut terjunam ke dalam parit besar.


Kesan dari impak hentaman itu menghancurkan bahagian belakang kanan trak GMC Hummer EV ini. Ia juga turut menyebabkan gandar belakang patah dan kerosakan pada radiator.

 

EV GMC Hummer


Memandangkan kerosakan besar yang berlaku pada sistem gantungan dan rangka belakangnya, terdapat kemungkinan besar bahawa trak GMC Hummer EV ini akan dijadikan kenderaan lupus.

 

Sumber: carscoops
Penulis: Ahmad Danial Yasin
 

Berita Berkenaan

Berita Global
EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa…
Berita Global
Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV…
Berita Global
Mod pemanduan WTF itu sebenarnya didatangkan secara standard pada varian Edition 1 yang dilengkapi…