Hummer EV tunjuk keupayaan mod WTF - 0-96 km/j dalam tiga saat!!

oleh Mohamad Hanif|
Semasa pengenalan rasmi GMC Hummer EV pada tahun lalu, pihak GMC ada menyebut berkenaan salah sebuah mod pemanduan yang digelar sebagai Watts to Freedom (WTF).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mod pemanduan WTF itu sebenarnya didatangkan secara standard pada varian Edition 1 yang dilengkapi dengan trenkuasa tiga motor elektrik menghasilkan sehingga 1,000 hp itu.

 


Menurut GMC, mod pemanduan WTF itu sebenarnya merupakan mod pelancaran pecutan, di mana ia mampu membenarkan trak ini bergerak sepantas tiga saat dari pegun sebelum mencapai 96 km/j.

Walaupun trak pikap ini berkuasa 1,000 hp, daya kilas yang dibekalkan oleh tiga motor elektrik sebesar 15,592 Nm itu sudah cukup berupaya untuk menggerakkan Hummer EV seberat 4,103 kg itu.

 


Dalam satu video terbaharu yang dimuatnaik, GMC memaparkan animasi kiraan menurun pra-pelancaran pecutan, serta runut bunyi unik yang dimainkan menerusi sistem audio Bose.

Sementara itu, ketinggian trak pikap ini juga turut direndahkan sebanyak 51 mm bertujuan untuk menurunkan titik graviti, sebelum pemandu melepaskan brek dan trak elektrik tersebut memecut sepantas tiga saat.

 


Hummer EV dijadualkan pelancaran rasminya pada musim luruh ini bermula dengan trim eksklusif Edition 1 dengan harga jualan bermula dari $112,595.

Usah terkejut kerana walaupun ia memiliki enam angka, GMC Hummer EV Edition 1 telah pun habis terjual dalam masa beberapa minit selepas tempahan dibuka.

Baca: Spesifikasi GMC Hummer EV

Berita Berkenaan

Berita Global
EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa…
Berita Global
Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV…
Berita Global
Pada awal bulan November, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Mondi telah mengambil kunci…