GM perlihat kenderaan tentera EMCV - guna asas GMC Hummer EV

oleh Mohamad Hanif|
General Motors Defense baru-baru ini memperlihatkan sebuah kenderaan militari yang dinamakan sebagai Electric Military Concept Vehicle (EMCV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa modifikasi yang dilakukan khusus untuk disesuaikan sebagai sebuah kenderaan tentera.

Menurut laporan The Drive, EMCV masih lagi mempunyai casis dan trenkuasa elektrik yang sama seperti GMC Hummer EV (1,000 hp, pek bateri 212 kWh), dan mampu mencapai jarak gerak sejauh 482 km untuk sekali cas penuh.

Terdapat juga genset berkuasa diesel 12 kW disertakan untuk kegunaan kecemasan.

Tiada sebarang unsur kemewahan wujud pada kenderaan pembawa tentera berkuasa elektrik ini.

Enam penumpang (termasuk pemandu) hanya dilindungi dengan sangkar oleng tubular sekiranya berlaku kemalangan bergolek, dan juga terdapat tali pinggang keledar disediakan.

Sistem suspensi udara standard digantikan dengan penyerap hentak Fox, diikuti dengan sistem brek tugas berat, dan tayar off-road bersaiz 37 inci.

Selain daripada itu, EMCV ini turut mempunyai mod pemanduan "Silent Watch" dan "Silent Drive" yang amat sesuai digunakan semasa bertugas di medan perang.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada EMCV ini bakal ditawarkan kepada orang awam seperti yang pernah dibuat menerusi Hummer H1 yang terdahulu.

Sumber: The Drive