Tak laku, VinFast beli kereta sendiri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama pengeluar EV Vietnam, VinFast kini dilihat menghadapi situasi sukar apabila jualan EV nya tidak begitu memberangsangkan, ditambah pula dengan ulasan negatif yang diterima oleh pengulas kenderaan.

Dari segi jualan setakat ini, VinFast hanya mencatatkan 11,300 unit jualan, dengan 7,000 unit darinya dibeli oleh syarikat di bawah Vingroup, iaitu Green and Smart Mobility Vietnam, yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan teksi.

Kedua-dua VinFast dan Green and Smart Mobility merupakan syarikat di bawah Vingroup VIC dan bekas pengerusi Vingroup, iaitu Pham Nhat Vuong.

 

2

 

Vuong secara langsung memiliki kira-kira 51 peratus saham Vingroup, di mana dia kini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga di VinFast.

Kira-kira USD1.2 bilion daripada USD2.3 bilion saham VinFast terkumpul dipegang oleh Vingroup, sebanyak 1.1 bilion lagi saham dipegang secara langsung oleh Vietnam Investment Group.

 

Artikel lengkap di Jalopnik

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…