Tahukah anda, buku manual Audi A3 perlukan SEBELAS jam untuk habis dibaca?

oleh Mohamad Hanif|
Kami yakin dan percaya, kebanyakan para pembaca Careta gemarkan kandungan yang disertakan pada buku manual kenderaan masing-masing, apatah lagi para pembeli kereta baharu dengan pengecualian cukai SST tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukan sahaja penuh dengan ilmuy yang bakal anda tanyakan kembali dalam forum FB, akan tetapi mampu membuatkan anda rasa nak tidur cepat mengalahkan membaca sebuah buku sejarah.

Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati buku manual Audi A3 mengambil masa kira-kira SEBELAS jam untuk dihabiskan?

Kajian tersebut membanding-bezakan tempoh masa yang diambil untuk beberapa buku terkenal seperti Harry Potter and the Half-Blood Prince, The Lord of the Rings: The Two Towers dan Twilight, dengan beberapa buku manual kenderaan seperti Audi A3, SEAT Ibiza, Mercedes-Benz C-Class dan pelbagai kenderaan moden masa kini.

Kajian itu lagi turut mendapati angka purata pemilikan kenderaan bagi seorang individu adalah sekitar lapan unit, dan masa purata yang diperlukan untuk membaca buku manual setiap kenderaan adalah sekitar enam jam 17 minit.
 

gambar contoh


Ini bermakna, seseorang yang mahu membaca buku manual setiap kenderaan yang dimiliki harus menghabiskan masa selama dua hari, dua jam dan 19 minit!

Menurut kajian daripada Bristol Street Motors lagi, daripada 350 orang responden 60 peratus daripadanya tidak membaca buku manual sebelum memandu kereta baharu mereka untuk kali pertama.

37 peratus daripada responden hanya akan merujuk kembali buku tersebut ketika menghadapi masalah, di mana majoriti daripadanya akan meringankan tangan bertanya di internet, atau rakan sebaya, atau ahli keluarga yang terdekat.

Nak tahu berapa peratus yang membaca buku manual sampai habis? Hanya 29 peratus responden mengakui mereka membelek setiap helai kertas yang terkandung pada sesebuah buku manual kenderaan mereka.

Perbandingan masa yang perlu dihabiskan untuk buku fiksyen dan buku manual boleh dirujuk pada jadual di bawah:

Buku

Bilangan perkataan Masa pembacaan
Harry Potter and the Half-Blood Prince (J.K. Rowling) 168,923 11 jam 50 minit
Audi A3 167,699 11 jam 45 minit
The Lord of the Rings: The Two Towers (J.R.R. Tolkien) 156,198 10 jam 56 minit
SEAT Ibiza 154,657 10 jam 50 minit
Mercedes C-Class 152,875 10 jam 42 minit
Mercedes A-Class 143,706 10 jam 4 minit
The Lord of the Rings: The Return of the King (J.R.R. Tolkien) 137,115 9 jam 36 minit
Kia Sportage 133,531 9 jam 21 minit
Ford Focus 127,321 8 jam 55 minit
Twilight (Stephenie Meyer) 118,975 8 jam 20 minit
Volkswagen Golf 114,606 8 jam 2 minit
Honda Civic 110,484 7 jam 44 minit
Audi A4 109,934 7 jam 42 minit
Nissan Juke 108,853 7 jam 37 minit
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (J.K. Rowling) 107,253 7 jam 31 minit

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Berita Global
Tiada siapa sangka, Volkswagen sebenarnya menyembunyikan satu maklumat penting berhubung dengan hot…
Berita Global
Membaca amalan mulia, namun itulah yang sering kali diabaikan oleh netizen yang kerap kali…