Tiada siapa sangka, Volkswagen sebenarnya menyembunyikan satu maklumat penting berhubung dengan hot hatch Golf R yang lebih berkuasa di dalam buku manual pengguna itu sendiri!
Cakap-cakap berkenaan kehadiran sebuah varian hot hatch yang lebih pantas berbanding Golf R telah pun berlegar sekian lama, dan ia disahkan sendiri menerusi maklumat yang diperoleh daripada buku manual Volkswagen Golf Mk8 untuk negara UK.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh VolksWizard, muka surat 347 buku manual tersebut mendedahkan senarai output yang dihasilkan oleh enjin 2.0 liter TSI itu, di mana Volkswagen Golf dengan kod enjin DNFF itu menghasilkan angka output paling tinggi, 245 kW (328 hp) dan daya kilas 420 Nm.
Sebagai perbandingan, VW Golf R memiliki kuasa 315 kuasa kuda dan mampu melakukan pecutan 0-96 km/j sepantas 4.7 saat.
Setakat ini, Volkswagen tidak mengesahkan nama rasmi yang bakal digunakan untuk varian pantas Golf R 'Plus' ini.
Sumber: CarScoops