Porsche cetak semula buku panduan manual model-model lama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membaca amalan mulia, namun itulah yang sering kali diabaikan oleh netizen yang kerap kali bertanyakan fungsi asas pada sesebuah kenderaan di laman sosial tanpa berusaha untuk memahami buku manual yang dibekalkan oleh pengeluar.

Bagi mereka yang masih lagi mengamalkan tabiat membaca buku manual, terutama bagi pemilik kereta Porsche yang lama, ini satu berita baik buat anda. 

Porsche kini mencetak semula buku-buku panduan manual bagi kereta-kereta lama dan vintaj Porsche. 

Usah risau kerana terdapat lebih daripada 700 buku panduan pemandu bakal diulang cetak semula, dari generasi 356 sehinggalah kepada model 991 generasi 996.

Menariknya, Porsche mengekalkan rekaan asal buku manual tersebut, termasuklah rekaan muka hadapan yang klasik itu, selain mencetak semula lebih daripada 100 buah buku waranti dan penyelenggaraan. 

Ia boleh didapati di laman web Porsche Classic dan juga pengedar rasmi Porsche di seluruh dunia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…