Swindon Powertrain mula jual kit trenkuasa EV - bermula dari RM30,707

oleh Mohamad Hanif|
Swindon Powertrain yang berpengkalan di UK telah pun mula menjual kit penukaran trenkuasa kenderaan elektrik yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam pelbagai jenis kenderaan.

Kit berharga £6,400 (RM30,707) tersebut merangkumi pakej lengkap yang terdiri daripada motor elektrik, sistem transmisi kelajuan tunggal dan komponen differential.

Pembeli juga boleh menambah beberapa komponen opsyen seperti pam coolant ($171), inverter 144V ($2,367) atau inverter 400V ($4,113), aci output ($267) dan limited slip differential ($732).

Menurut Swindon, produksi yang dislotkan untuk bulan Ogos sudah pun habis ditempah, jadi pembeli perlu menunggu giliran sehingga bulan September nanti.

 

 


Motor elektrik yang dibekalkan oleh Swindon Powertrain memiliki keupayaan untuk menjana 107 kuasa kuda dan 135 Nm daya kilas.

Disebabkan saiznya yang kompak, iaitu 442 mm x 384 mm x 229 mm, dan berat sekitar 60 kg, Swindon Powertrain menyatakan ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk dimuatkan pada sebarang kenderaan, termasuklah kereta klasik, RV, sehinggalah kepada unit van komersial.

Selain daripada itu, opsyen kit kalis air juga akan ditawarkan untuk kegunaan kenderaan off-road.

Dalam sesi soal jawab bersama pengarah urusan Swindon Powertrain, Raphael Caille berkata, mereka masih belum mempunyai perancangan untuk membekalkan pek bateri ini kerana pihaknya kini memfokuskan tumpuan kepada pembangunan trenkuasa terlebih dahulu.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Lotus mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan hypercar pertama dan ia boleh dilihat…