Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan menghasilkan trenkuasa hibrid generasi berikutnya serta komponen transmisi.
Menariknya, enjin-enjin dan trenkuasa hibrid yang dihasilkan itu akan dibekalkan kepada jenama seperti Renault, Dacia, Geely, Volvo, Lynk & Co, Nissan, Mitsubishi dan Proton!
Dibawah perjanjian Renault-Geely, syarikat baharu itu akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 19,000 di seluruh dunia, dengan jumlah 17 kilang trenkuasa di 3 buah negara.
Mereka menyasarkan produksi lebih 5 juta unit enjin ICE, hibrid dan plug-in hybrid untuk dipasarkan kepada lebih 130 buah negara, dan portfolio yang mampu merangkumi sehingga 80 peratus pasaran enjin pembakaran dalaman di peringkat global.
Menurut CEO Renault, Luca de Meo berkata, "kami amat berbesar hati untuk mempunyai perancangan bercita-cita tinggi bersama Geely untuk terus membangunkan teknologi enjin ICE dan hibrid yang akan kekal menjadi bahagian penting di dalam rantaian bekalan automotif untuk beberapa dekad akan datang.