Swift baharu lebih luas, lebih bertenaga, lebih cantik!

oleh HEZERI SAMSURI|

Suzuki menggunakan teknologi platform terbaharu mereka, Heartect untuk Swift terbaharu.

Swift baharu ialah 30 kg lebih ringan, menjadikan berat Swift serendah 890 kg. 

Walaupun ia 10 mm lebih pendek dari Swfit terdahulu, jarak roda yang lebih panjang sebanyak 20 mm memberikan 20 peratus lebih ruang pada tempat letak barang yang kini seluas 265 liter - 54 liter lebih besar dari Swift lama.
 

Bentuknya juga nampak sporty kerana Swift ini sebenarnya 15 mm lebih rendah tetapi 40 mm lebih lebar.

Varian Eropah diberitakan mempunyai lebar antara roda yang juga 40 mm lebih dari varian untuk Jepun.

Antara ciri unik ialah pembuka pintu belakang yang diletakkan tinggi (pasti akan ada yang berkata ia tidak tercapai oleh anak kecil), lampu-lampu LED dan kemasan kabin yang lebih sporty.

 

 

Beberapa jenis enjin disediakan untuk Swift baharu ini, dan antaranya ialah enjin 1.0L 3-silinder turbo yang mempunyai tenaga sama seperti enjin 1.8L (111PS dan 170Nm untuk transmisi manual).

Dilancarkan untuk pasaran Eropah, Suzuki juga akan mula memasang Swift baharu ini di India.

Suzuki masih diwakili oleh Proton di Malaysia tetapi dengan pengurusan baharu, tidak ada kata putus akan penjualan model Suzuki di Malaysia, cuma Ertiga yang juga tidak akan mendapat varian facelift yang telah dilancarkan di Indonesia.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel…
Berita Global
Swift di India dilengkapi dengan dua beg udara, pre-tensioner untuk tali pinggang keledar dan…
Berita Global
  Menurut laporan Euro NCAP, perlanggaran hadapan offset mendapati kurang perlindungan dari beg…