Suzuki Vitara baharu masuk India, bila giliran Malaysia?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Urban Cruiser Hyryder
Kredit foto: Toyota Bharat
Di India ada satu perkembangan menarik yang sedang berlaku. Toyota pada 1 Julai lalu memperkenalkan model baharu Urban Cruiser Hyryder yang merupakan produk kerjasama dengan Suzuki.

Urban Cruiser Hyryder dibangunkan oleh Suzuki menggunakan platform global C.

Satu yang menarik apabila Toyota sebelum itu menjenamakan semula Suzuki Vitara Brezza untuk dijadikan model Urban Cruiser.

Saiz Vitara Brezza lebih kecil berbanding Vitara untuk pasaran global.

Kini ada dua model di India iaitu Toyota Urban Cruiser dan Toyota Urban Cruiser Hyryder.

Bagaimana dengan Maruti Suzuki?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Urban Cruiser Hyryder
Kredit foto: Maruti Suzuki India

 

Khabarnya versi Suzuki akan menyusul dan menurut laman web Indonesia Autonetmagz, SUV baharu itu bakal menggunakan nama Vitara.

Telahan tersebut dibuat berdasarkan pengenalan Suzuki Brezza pada 30 Jun lalu dengan nama Vitara digugurkan.

Apabila gugur, berkemungkinan model baharu nanti adalah Vitara.

 

Suzuki Vitara global
Suzuki Vitara global. Kredit foto: Suzuki

 

Kembali kepada Urban Cruiser Hyryder, model ini berukuran 4,365 mm panjang, 1,795 mm lebar dan tinggi 1,635 mm.

Dibandingkan dengan Vitara global, ukuran panjang ialah 4,175 mm, 1,775 mm lebar dan tinggi 1,610 mm. 

Dari sini jelas Urban Cruiser Hyryder lebih besar berbanding Vitara global dan sesuai dijadikan pengganti untuk model yang dikeluarkan sejak 2015.

 

Kredit foto: Maruti Suzuki India
Kredit foto: Maruti Suzuki India

 

Berkenaan enjin, Urban Cruiser Hyryder ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 1462 cc K15C hibrid penuh dari Suzuki dan 1490 cc M15A-FXE mild hybrid dari Toyota.

Transmisi pula ada tiga, e-Drive eCVT untuk hibrid penuh dan dua pilihan untuk mild hybrid iaitu manual lima kelajuan dan automatik enam kelajuan.

Pakej yang ditawarkan memang menarik dan timbul pula persoalan, bila lagi Vitara akan ditawarkan semula di negara kita?

Suzuki sekarang ini diwakili oleh Naza Eastern Motors dan syarikat mengfokuskan pada dua model niche iaitu Swift Sport dan Jimny.

 

Toyota Urban Cruiser
Kredit foto: Toyota Bharat

 

Kali terakhir Vitara dibawa adalah model generasi keempat dan masih mudah untuk ditemui di jalan raya.

Vitara juga mempunyai peminat tersendiri terutama sekali model generasi pertama.

Dengan populariti SUV sekarang ini, Vitara dilihat sesuai sekiranya ditawarkan dan menduduki segmen sama seperti Proton X50, Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan sebagainya.

Cuma, untuk menjadikan harganya kompetitif, Vitara perlu dipasang di dalam negara atau diimport dari Indonesia bagi memanfaatkan tarif AFTA.

Apa pun telahan, SUV baharu dari Suzuki akan diperkenalkan di India pada 20 Julai depan.

 

Suzuki Vitara Brezza
Kredit foto: Maruti Suzuki

 

Kredit foto: Toyota Bharat, Maruti Suzuki, Suzuki

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…