Suzuki, Mitsubishi henti jualan model diesel di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu terus menanggung kerugian, Suzuki dan Mitsubishi dilaporkan akan menghentikan penjualan model berenjinkan diesel di pasaran Eropah, selepas langkah tersebut diambil oleh rakan senegara Nissan dan Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel yang semakin berkurangan, ditambah lagi dengan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat dilaksanakan di Eropah. 

Ini sekaligus menjadikan Mazda sebagai pemain utama dari Jepun yang masih kekal menawarkan penjualan model diesel di Eropah. 
 


Dengan hanya 10% penguasaan pasaran daripada jumlah keseluruhan (281,000 unit) memaksa Suzuki mengambil langkah muktamad tersebut manakala di pasaran yang berbeza, Suzuki masih mengekalkan penawaran enjin diesel tersebut, terutama di India. 

Mitsubishi pula walau bagaimanapun masih lagi mengekalkan penjualan model diesel terutama bagi segmen trak pikap yang menjadi mainan utama bagi jenama tiga berlian tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…