Suzuki GSX-S1000GX, GSX-8R dan V-Strom 800 rasmi di Malaysia - Harga dari RM54K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan, Suzuki Malaysia telah melancarkan tiga model baharunya iaitu Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800 bertempat di acara Malaysia Autoshow 2024.

Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)

 

2

 

Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki GSX-S1000GX merupakan sebuah motosikal crossover-tourer.

GSX-S1000GX memfokuskan tunggangan jarak jauh bersama beberapa ciri terbaharu Suzuki, di mana ia turut menampilkan rekaan yang lebih agresif.

Antara tambahan baharu yang menjadi tarikan utama ialah sistem Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES), di mana GSX-S1000GX menjadi model Suzuki yang pertama untuk menerima ciri tersebut.

Dikawal secara elektronik, sistem tersebut melaraskan redaman suspensi berdasarkan input yang berkaitan seperti kelajuan motosikal, permukaan jalan dan juga brek.

Satu lagi ciri tambahan baharu pada GSX-S1000GX ialah program Suzuki Road Adaptive Stabilization (SRAS), di mana ia berfungsi bersama beberapa input dari sensor untuk melaraskan SAES berdasarkan sebarang permukaan jalan tidak rata.

Tujuan SRAS adalah untuk menyesuaikan tetapan suspensi bagi menghadapi permukaan yang tidak rata, dan juga menjadikan tunggangan yang lebih sporti di jalan biasa.

Seperti model-model baharu yang lain, GSX-S1000GX turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S), di mana ia merangkumi beberapa ciri bantuan elektronik seperti:

  • Suzuki Drive Mode Selector Alpha
  • Automatic Rear Suspension Modes
  • Ride-by-wire throttle
  • Quickshifter
  • Smart Cruise Control  
  • Motion Track Brake System
  • Slope Dependent Control System  
  • Suzuki Easy Start
  • Low RPM assist

Dari segi saiz, GSX-S1000GX memiliki dimensi 2,150 mm panjang, 925 mm lebar, 1,350 mm tinggi dan 1,470 mm jarak roda. Sementara ketinggian tempat duduk ialah 845 mm dan berat 232 kg.

GSX-S1000GX menggunakan nadi yang sama seperti GSX-S1000, iaitu enjin 999 cc 4 silinder sebaris yang menghasilkan kuasa sehingga 152 HP dan 106 Nm.

Suzuki GSX-8R (RM53,800)

 

4

 

Turut muncul kali pertama di pameran motosikal EICMA 2023, GSX-8R merupakan versi sportbike bagi GSX-8S di mana kedua-duanya berkongsi kebanyakan komponen yang.

Dari segi penampilan, GSX-8R tampil lebih garang dengan fairing penuh di bahagian hadapan, bersama penghadang angin dan rekaan lampu hadapan unik yang sama seperti GSX-8S.

Menariknya, walaupun hadir sebagai sebuah sportbike dan fairing penuh, GSX-8R tetap menampilkan konsep enjin terdedah sama seperti versi naked.

GSX-8R turut menggunakan kerangka keluli, subrangka tiub bolt-on serta lengan ayun aluminium seperti GSX-8S, namun dipertingkatkan dengan fork USD jenis SFF-BP dari Showa di bahagian depan, berbanding jenis KYB yang digunakan pada GSX-8S.

Satu lagi perubahan yang dibawakan ialah hendal jenis clip-on untuk disesuaikan dengan kedudukan menunggang sebuah sportbike.

Seperti nadi GSX-8S, GSX-8R turut dikuasakan enjin 776 cc dua silinder selari yang menghasilkan 83 HP dan 77.2 Nm, dimana ia menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

Ia turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik.

Antara ciri sistem S.I.R.S pada GSX-8R ialah:

  • Suzuki Traction Control System (STCS)
  • Bi-directional Quick Shift System
  • Low RPM Assist
  • Suzuki Easy Start System

Suzuki V-Strom 800 (RM54,800)

 

3

 

Menjadi kembar kepada V-Strom 800DE, V-Strom 800 hadir sebagai motosikal Adventure Touring yang menawarkan keselesaan dan prestasi terbaik untuk tunggangan sporti dan tunggangan jarak jauh.

Antara perbezaan ketara, V-Strom 800 dilengkapi rim aluminium 7-spoke baharu bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

V-Strom 800 turut menampilkan binaan casis serta enjin 776 cc serba baharu yang menjanjikan tunggangan lebih mengujakan.

Ia dikuasakan nadi 776 cc dua silinder selari yang menghasilkan 83 HP dan 77.2 Nm, dimana ia menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peraduan cabutan bertuah ini terbuka kepada pelanggan yang membeli model Suzuki GSX-8S, GSX-S150,…
Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…