SUZUKI MALAYSIA LANCAR SKUTER TERBAHARU, BURGMAN STREET EX - 125CC, HARGA DARI RM7,500

oleh Firdaus Razani|
Seiring dengan pelancaran skuter Avenis baharu, Suzuki Malaysia turut memperkenalkan rangkaian model skuter baharu iaitu, Burgman Street EX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara dengan kuasa sebanyak 8.7PS pada 6750 RPM dan tork sebanyak 10Nm pada 5500 RPM.

 

ex

 

Walaubagaimanapun, Burgman mempunyai ciri tambahan iaitu ‘Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-α)’ yang dilengkapi dengan sistem ‘Engine Auto Stop-Start (EASS)’ untuk melengahkan enjin secara automatik apabila berhenti, serta ‘Suzuki Silent Starter System’ untuk permulaan semula enjin yang senyap.

 

ex

 

Burgman Street EX dikategorikan sebagai skuter kompak eksekutif dan premium yang megabungkan rekabentuk elegan, keselesaan dan praktikaliti.

 

ex

 

Ia turut tampil dengan jarak antara roda yang lebih panjang serta tempat duduk yang lebih luas sekaligus memberikan pengalaman kestabilan penunggangan yang selesa.

ex

Tambahan itu, ruang lantai kaki hadapan yang lebih panjang dan luas memberikan fleksibiliti ergonomik untuk keselesaan tambahan pengendalian skuter.

 

ex

 

Burgman turut menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk sebanyak 21.5 Liter, dua gantungan topi keledar, dan dua gantungan utiliti sebagai aksesori tambahan.

ex

Ia juga lebih memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan jarak lebih jauh untuk kegunaan harian dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar, iaitu 5.5 Liter, yang terbaik dalam kelasnya.

Burgman Street EX datang dalam dua pilihan warna eksklusif - Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black.

 

ex
Pearl Moon Stone Gray

 

ex
Metallic Mat Black

 

Harga jualan bagi Burgman Street EX adalah bermula dari RM7,500 dan kini boleh didapati di semua pengedar Suzuki di seluruh negara.

 

exex

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…