Suzuki anjur cabutan bertuah untuk menangi sebuah Suzuki GSX-S1000GX

oleh Firdaus Razani|
Sempena acara Malaysia Autoshow 2024 kali ini, Suzuki Malaysia menambah kerancakkan dengan menganjurkan peraduan cabutan bertuah Tiket Emas Extravaganza Suzuki.

Peraduan cabutan bertuah ini terbuka kepada pelanggan yang membeli model Suzuki GSX-8S, GSX-S150, atau Raider R150Fi dalam tempoh antara 21 Mei hingga 31 Ogos 2024.

 

suzuki

 

Untuk setiap pembelian, pelanggan akan menerima slot cabutan bertuah sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah luarbiasa bernilai RM300,000.

Hadiah Utama ialah sebuah motor supersport kembara, iaitu Suzuki GSX- S1000GX terbaharu.

 

suzuki

 

Selain itu, lima pemenang bertuah akan menikmati perjalanan eksklusif 4H3M ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun.

Manakala sepuluh pemenang berikutnya juga akan menerima hadiah berupa basikal jalan raya Bottecchia 8- Avio dari Itali buat setiap pemenang dan pelbagai hadiah sagu hati juga turut ditawarkan.

Kesemua proses cabutan bertuah dan hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang di perhimpunan tahunan Suzuki Familia di Suzuki Monsoon Getaway 2024 kelak.

Lebih menarik lagi, ahli Suzuki Familia yang menghadiri acara tersebut juga akan turut dapat merebut peluang tambahan untuk memenangi sebuah lagi model motosikal Suzuki yang eksklusif sebagai hadiah utama.

Peluang hebat ini adalah sebahagian daripada usaha Suzuki untuk menzahirkan penghargaan terhadap sokongan serta semangat berterusan oleh peminat motosikal Suzuki selama ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan, sila layari laman web utama Suzuki di www.suzuki.com.my, wakil pengedar Suzuki di seluruh negara, atau saluran rasmi Suzuki Malaysia di media sosial.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)     Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki…
Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…