'Superman' kecundang, ditahan polis di rumah

oleh Penyumbang Rencana|
Lelaki yang menayangkan aksi 'superman' ketika menunggang motosikal di lebuh raya ditahan polis di Kampung Pantai, Mersing, pada Rabu.

Suspek berusia 20 tahun ditahan jam 4 pagi selepas aksi dilakukan di Kilometer 139, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara tular di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ke rumah suspek.

"Semasa ditahan, polis turut merampas motosikal jenis digunakan ketika mempamerkan aksi berbahaya itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada Khamis.

Raiz Mukhliz berkata, suspek turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…
Berita Domestik
  Aktiviti yang sekian lama terhenti susulan kemalangan meragut nyawa lima penunggang motosikal di…