Polis cari penunggang beraksi 'wheelie' pakai baju Melayu!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar video yang tular di media sosial/gambar dari Sinar Harian
Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

"JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut.

"Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, polis meminta penunggang motosikal itu hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan dengan segera.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Bernama menyebut, Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tujuh remaja itu…