Strand Aerospace Malaysia buat usahama dengan syarikat UK untuk bina eVTOL

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat kejuruteraan aeroangkasa tempatan, Strand Aerospace Malaysia (SAM) telah menandatangani satu perjanjian usahasama dengan Samad Aerospace Ltd dari UK untuk membangunkan sebuah pesawat elektrik eVTOL (electric Vertical Take-Off Landing).

Menurut The Edge, ia membuka jalan untuk SAM bagi menceburi bidang eVTOL yang semakin popular di dalam industri tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Pesawat itu dalam fasa pembangunan untuk rekabentuk, kejuruteraan dan pensijilan, bidang-bidang yang menjadi fokus utama SAM," terang Afif Badrulhisham, pengurus pembangunan perniagaan untuk SAM.

Upacara perjanjian usahasama itu dilakukan kelmarin di pameran LIMA yang berlangsung di Langkawi.

CEO untuk Samad, Seyed Moseni pula berkata pesawat yang diberi nama e-Starling itu memerlukan £200 juta untuk dibina dan akan siap untuk dipasarkan mulai 2022.

* Berita asal dari The Edge

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat pengeluar Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model eVTOL…
Berita Global
  Dengan ciri-ciri seperti sistem kuasa elektrik sofistikated, aerodinamik canggih dan berat…
Berita Global
Penerbangan demonstrasi itu dibuat pada hari pembukaan acara pameran teknologi GITEX Global di…