Suzuki bakal bikin kereta terbang?

oleh Mohamad Hanif|
Penglibatan syarikat automotif di dalam arena eVTOL (electric vertical take-off and landing) bukanlah satu perkara baharu, dan trend ini tidak akan menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Terbaharu, syarikat pengeluar Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model eVTOL SkyDrive di kilang Suzuki yang terletak di Wilayah Shizuoka, Jepun.
 

SkyDrive


Produksi pesawat eVTOL akan dikendalikan oleh syarikat subsidiari SkyDrive, sementara Suzuki pula akan bekerjasama dengan anak syarikat SkyDrive untuk memulakan proses pengeluaran termasuklah mendapatkan sumber manusia yang diperlukan.

Kilang tersebut akan membina sebuah pesawat eVTOL tiga tempat duduk yang memiliki kubah rotor yang terdiri daripada 12 unit rotor, membolehkannya terbang sepantas 100 km/j dan jarak gerak sejauh 15 km sahaja.
 

skydrive


Produksi dijadualkan bermula tahun depan, dan sekiranya semua berjalan dengan lancar, SkyDrive dijangka akan memperoleh pensijilan kelayakan penerbangan pada tahun 2026.

Syarikat itu juga menyasarkan untuk memperoleh pensijilan daripada Federal Aviation Administration (FAA) bagi membolehkan SkyDrive beroperasi di negara Amerika Syarikat.
 

SkyDrive

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Atlas Company menjadi syarikat pertama mengeksport kenderaan dari Pakistan, dengan 40 unit…
Berita Global
  Pada asalnya, CJPT ditubuhkan oleh Isuzu Motors, Hino Motors dan Toyota Motor Corporation …
Berita Global
  Dengan dominasi BEV dari China, e Vitara hadir dalam reka bentuk seperti kenderaan biasa dan…