Airspeeder Mk4, kereta terbang untuk berlumba, kelajuan cecah 360 km/j!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Airspeeder Mk4
Airspeeder Mk4
Apakah perancangan seterusnya untuk kereta terbang atau eVTOL (electric Vertical Take-Off and Landing)? Berlumba!

Itu yang dimahukan Alauda Aeronautics yang mencari rakan OEM untuk turut serta di dalam sukan permotoran setelah syarikat memperkenalkan Airspeeder Mk4.

Mk4 adalah kereta terbang pertama dengan kru dan paling laju di dunia.

Mk4 direka dan dikeluarkan di Adelaide, Australia dan dari segi kelajuan mampu mencecah 360 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 30 saat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Airspeeder Mk4

 

Dengan ciri-ciri seperti sistem kuasa elektrik sofistikated, aerodinamik canggih dan berat pelepasan (MTOW) hanya 950 kg, Airspeeder Mk4 mampu terbang sehingga 300 kilometer.

Airspeeder adalah model lanjutan kepada eVTOL kawalan jauh Mk3 yang telah melalui lebih 350 penerbangan ujian dan digunakan di dalam dua demonstrasi perlumbaan pada 2022.

Careta juga pernah menulis tentang Mk3 sebelum ini.

Sama seperti Airspeeder lain, tujuan utama Mk4 dibangunkan ialah untuk perlumbaan dan direka untuk beraksi lincah pada kelajuan tinggi dan altitud rendah.

 

Airspeeder Mk4

 

Airspeeder Mk4 digerakkan penjana turbo berkuasa 1,000 kW (1,340 hp) yang menghantar tenaga kepada bateri dan motor elektrik.

Direka khusus untuk kegunaan eVTOL, teknologi itu membolehkan penggunaan hidrogen hijau sebagai bahan api dan lestari untuk penerbangan jarak jauh.

Rekaan pembakar (combustor) Alauda mampu mengekalkan suhu nyalaan hidrogen pada tahap rendah dan mengurangkan pelepasan nitrus oksida (NOx) dengan ketara.

 

Airspeeder Mk4

 

Satu lagi ciri unik ialah sistem tujahan gimbal yang menggunakan pengawal penerbangan Kecerdesan Buatan (AI) bagi mengawal empat kipas secara berasingan.

Kipas itu dipasang pada gimbal ringan yang dibuat menggunakan cetakan 3D.

Ciri tersebut membolehkan Mk4 bukan sahaja laju pada laluan lulus malah mampu digerakkan dengan tepat di dalam aksi perlumbaan jarak rapat.

 

Airspeeder Mk4

 

Alauda memaklumkan pengendalian Mk4 lebih kepada jet pejuang atau kereta lumba Formula Satu berbanding multicopter.

Penerbangan bagi menguji casis dan rangkaian kuasa dijadual pada suku pertama tahun ini.

Seterusnya Mk4 sedia untuk mengambil tempat di dalam Kejohanan Perlumbaan Airspeeder pada 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Airspeeder Mk4