SPRM - Sindiket kurang duti kereta mewah aktif sejak lima tahun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi penahanan tujuh individu baru-baru ini dikesan bergiat aktif sejak lima tahun lalu.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai berkata, risikan dan terperinci yang dijalankan mendapati sindiket ini turut melibatkan beberapa individu lain.

"SPRM baru menerima maklumat berkaitan kegiatan sindiket ini daripada sumber dan masa sama siasatan terperinci sedang dijalankan bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Sindiket ini dikesan bergiat aktif sejak lima tahun lalu, jadi siasatan lebih mendalam akan dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan yang akan dijalankan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, SPRM sedang memburu beberapa individu yang disyaki terbabit dengan rangkaian sindiket berkenaan.

Pada Jumaat, media melaporkan SPRM menahan tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.

Sumber berkata, perbuatan penyelewengan itu menyebabkan negara mengalami ketirisan cukai kastam sebanyak RM33 juta.

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an telah ditahan di pejabat SPRM Kedah antara jam 5 petang hingga 10.30 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…